Monday, September 10, 2007

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TERIANG

Sekolah Kebangsaan Teriang terletak 3 kilometer dari pekan Kuala Klawang mengikut jalan hala ke Titi dan melalui simpang ke Gagu. Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1904. Sebagai sebuah sekolah yang didirikan pada zaman sebelum Perang Dunia Pertama, pasti ianya telah mengalami banyak perubahan.Sekolah ni telah didirikan atas kesedaran penduduk kampung yang memandang tinggi terhadap pendidikan dan mahukan generasi mereka bersama dalam arus pendidikan sebagaimana sepatutnya. Walaupun mengalami serba kepayahan demi kepentingan pendidikan mereka berjaya. Semenjak dari mula penubuhannya, sekolah ini terus mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Daripada bangunan beratap nipah dan bertiang bulat, infrastrukturnya berubah ke bangunan konkrit bertingkat.
Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Teriang telah mendapat sebuah bangunan baru dua tingkat mengandungi 8 buah kelas, 2 buah tandas, dan bilik stor. Bangunan ini dapat menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Sekolah ini juga telah mengalami peningkatan dari masa ke semasa dalam aspek kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya sekolah ini telah dapat melahirkan ramai anak didik yang telah berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya seperti pendidikan, perundangan dan lain-lain.

No comments: